Hidup adalah cantuman mozek-mozek pengalaman lepas yang membentuk diri kita pada
hari ini. Kita memperoleh pengalaman itu melalui berbagai cara – pengetahuan
yang dicari, pemerhatian teliti atau penglibatan langsung kepada sesuatu realiti.
Boleh aku katakan bahawa pengalaman adalah satu pengetahuan empirikal yang
dipanggil ‘a posteriori’.
Pengalaman
yang sama mampu menggempur sesiapa sahaja. Namun, sejauh mana dan secepat mana
pengalaman yang sama memberi kesan kepada seseorang itu adalah bersifat relatif.
Ada
orang yang mempunyai pengalaman luas, tetapi tidak pernah belajar. Tetapi ada
juga mereka yang tertumbuk dengan sakitnya pengalaman – walaupun sekali – dan pengalamannya memberikan
impak yang hebat dalam hidup mereka. Pengalaman semacam itu seperti intan
berlian yang berkilau terang dan intan berlian dalam hidupku adalah peristiwa
aku ke bumi kangaroo.
*****
“Luqman,
bila kita nak beli tiket ke OZ ni?” aku cuba bertanya.
“Kau
cari je dulu. Nanti kalau kau rasa sesuai, beritahu aku. Asalkan masa tu aku
tak exam ok lah,” jawab Luqman. Mudah.
“Kalau
bulan tujuh, lepas kita habis exam final, boleh?”
“Kan aku
dah cakap. Aku ok je. Janji bukan tarikh aku exam.”
“Ok. Nanti
aku belikan tiket. Lepas tu, jangan lupa kita kena buat perancangan perjalanan.”
Australia.
Bumi yang tak dapat aku bayangkan rupa tempatnya. Mungkinkah ada sedikit gaya
klasik eropah, atau mungkin juga ada iras-iras bangunan moden seperti kota arab
Dubai? Bagaimana pula dengan orang-orang di sana. Adakah semuanya berambut blonde dan bermata biru? Aku tak pasti.Yang pasti, aku wajib untuk menjelmakan apa yang aku dah ungkapkan. Talking is nothing, doing is something.
Akhirnya,
kami berjaya mendapatkan tiket. Tak murah, tapi mungkin juga tidak terlalu
mahal. Berbekalkan konsep now everyone can fly, maka kami sempat membuat
pembelian yang sesuai bagi kami yang masih belajar. Ikut perancangan, kami sepatutnya
akan berada di sana selama lebih kurang dua minggu.
*****
15 hari
sebelum tarikh penerbangan, aku mendapat satu email daripada pihak syarikat
penerbangan. Mereka 'memaksa' supaya aku re-schedule jadual perjalanan kami.
Sebabnya? Jangan tanyakan aku. Boleh ditanya kepada bos mereka yang juga
merupakan pemilik sebuah kelab bola sepak Eropah yang baru turun divisyen itu. Bagi aku, ini mungkin satu rahmat Tuhan yang tahu bahawa hamba-Nya tak mampu bertahan lama di bumi orang.
Sebarang
keputusan untuk menukar jadual, aku tak boleh lakukan seorang diri. Aku perlu
berbincang dengan Luqman terlebih dahulu. Ini bukannya keputusan sang tirani,
jika keputusannya ‘A’ maka jangan diubah. Nanti hilang kepala daripada badan.
“Man,
aku rasa kita dekat sana dua minggu ni macam lama sangat la.”
Luqman
membalas pandangan aku. Kedua anak matanya mula bergerak ke kiri, atas.
“Aku pun
rasa macam tu. Mana nak cekau duit lagi. Nak kerja, tapi rasa macam tak sempat
nak cover balik duit belanja kita dekat sana.”
Makanya,
kami membuat keputusan bahawa kami cuma akan berkampung di Australia dalam masa
6 hari, 2 hari di Sydney dan bakinya di Melbourne. Oh, dan kami juga buat
keputusan yang Luqman akan merancang perjalanan di Sydney dan aku di Melbourne.
Gulp.
Melbourne?
yahhhhh dah kluar dah kluar. wakakka. gambor takde lip??? ohohoho
ReplyDeleteSabau. Nanti kat kolej aku tunjuk. :)
ReplyDelete