Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Friday, 4 February 2011

Semurni Kasih Spongebob



Spongebob & Friends


Spongebob.

Kartun yang mempunyai jutaan peminat cilik mahupun dewasa.
Kartun yang mempunyai "kuasa penarik" yang hebat.

Aku gembira melihat telatah Spongebob dan Patrick.

Sentiasa bersama-sama dalam ikatan yang tidak putus.

Spongebob Squarepants, span laut yang hidup di dalam sebuah rumah nenas, lengkap berperabot di bandar Bikini Bottom. Dia bekerja sebagai Penggoreng Krabby Patty di Krusty Krab. Wataknya yang naif, tetapi berfikiran positif menjadikan dia sangat tidak disukai oleh Squidward, jiran dan rakan sekerjanya.

Manakala sahabat baiknya, Patrick Star merupakan tapak sulaiman yang berwarna merah jambu dan berperut buncit. Patrick tinggal di bawah kubah batu, berjiran dengan Spongebob dan sering melakukan aksi yang pelik selain bercakap tanpa berfikir.

Namun Spongebob sentiasa bersabar dengan segala kerenah sahabatnya itu.


"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” 


(Riwayat al-Hakim)

Oh, nampaknya Spongebob telah menjadi sahabat dan jiran yang baik terhadap Patrick (walaupun terkadang Patrick melakukan perkara yang menyakitkan hati Spongebob).


Masihkah kita ingat akan pesan Baginda SAW:


“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. 
Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri.
Ingatlah bahawa orang mukmin menyelesaikan masalah dengan akhlak yang mulia.


Adakah kita akan membiar sang sahabat itu tenggelam di lautan neraka?


Maka selamatkanlah sahabat itu. Peganglah tangannya seerat mungkin.


 Gambar Patrick dan Spongebob yang diambil di Kedai Foto Mr X


Hanya ujian kehidupan di dunia ini akan menapis sahabat sejati seperti sayangnya Spongebob kepada Patrick!

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

p/s: Terima kasih sahabat-sahabatku!

Wednesday, 2 February 2011

Tak Guna Aku Berselindung!




Terus Bertahan


Jadi aku mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi aku berselindung.

Sahabat yang ku sayangi,


Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.


Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.
Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.


Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah.
Kisah Talut menjelaskan apa yang aku katakan ini.


Oleh itu, siapkanlah diri kamu.
Pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan.


Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.


Hassan Al-Banna, 
Al-Muktamar Al-Khamis, 
al-Majmu’ah, 
m.s. 258 

Tuesday, 1 February 2011

Usrah Naruto



Usrah Naruto (Usrah 7)


Oh, gembiranya Naruto!
Kerana dia ada usrah (keluarga) yang menyeronokkan.



Namun, kenapa masih ramai yang bosan dengan usrah?

Mungkin kita memahami bahawa usrah itu hanya perjumpaan mingguan yang di dalamnya ada pengisian majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit pendengarnya.


Walhal ia lebih daripada itu!


Apabila usrah dilihat seperti itu, maka ia tidak ubah seperti sebuah ceramah berskala kecil. Sesebuah usrah yang semacam itu tidak mungkin mampu membina keperibadian ahli usrahnya seperti ahli-ahli usrah Naruto.
Ia akan menjadi sebuah produk yang gagal di dalam pendekatan dan tidak jelas di dalam matlamatnya.


(Bayangkan Naruto hanya duduk bersimpuh mendengar tazkirah daripada naqibnya. Pasti dia tak mampu nak berlawan dengan geng-geng brutal. Memalukan!)


Sesungguhnya, usrah adalah perkongsian. Manakala perjumpaan mingguan hanyalah salah satu daripada programnya. 

Mengenai usrah Naruto, ia telah diketuai oleh seorang naqib.


Naqibnya, Hatake Kakashi merupakan antara naqib terhebat yang diiktiraf oleh Konoha (kampung Naruto)

Kakashi, naqib usrah Naruto


Selain itu, naqib ini juga boleh dianggap sebagai naqib genius kerana berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun. 

Di sini kita lihat, Kakashi telah membentuk satu karisma yang hebat ke atas anak usrahnya pada peringkat awal!

Sedikit taaruf (pengenalan), yakni rukun usrah pertama dalam usrah Naruto yang dipimpin oleh Kakashi.

Usrah Naruto (juga dikenali sebagai Usrah 7) telah dibentuk oleh Genin yang terdiri daripada Uzumaki Naruto (うずまきナルト), Uchiha Sasuke (うちはサスケ) dan Haruno Sakura (春野サクラ). 


Ahli-ahli usrah ini telah dipilih bagi mengimbangi kebolehan masing-masing.

Naruto, ahli usrah paling teruk dalam pasukannya mendapat manfaat daripada kecerdikan Sakura dan kecekapan Sasuke. 
Sakura pula mendapat kebolehan bertarung daripada rakan-rakan usrahnya secara tak langsung manakala Sasuke mendapat faedah melalui taklim yang tak pernah putus daripada kedua-dua ahli usrahnya.

Nah, inilah tafahum (rukun usrah kedua) hasil didikan usrah. 
Saling mengenali dan melengkapi.

Hasilnya?
Lahirlah kader-kader seperti Naruto yang mempunyai kefahaman ukhwah yang tinggi bagi menyelamatkan ahli usrahnya, Sasuke daripada terus diheret kegelapan.
 

Sasuke telah tercampak ke lorong hanyir kehidupannya dengan menyertai usrah lain (Akatsuki) yang terpesong perjuangannya.
Kerana sayang kepada Sasuke, api semangat Naruto sesekali tidak pernah padam untuk menyelamatkan sahabat kesayangannya daripada terus lalai dan usaha mengembalikan Sasuke kepangkuan Usrah 7 tidak pernah putus. 


Pelbagai misi telah dilakukan oleh Naruto untuk menyelamatkan Sasuke walaupun menemui pelbagai jalan buntu semata-mata kerana nilai ukhwah.

Inilah buah didikan usrah, kesan daripada kefahaman yang tinggi telah menyebabkan Naruto bersusah payah ingin menyelamatkan Sasuke yang timbul daripada dasar usrah ketiga iaitu takaful (saling tolong-menolong).

Dalam pemikiranku,
Adakah kita berada pada tahap usrah ini...?

Beruntungnya Sasuke kerana Naruto sangat sayang padamu!


Orang kampung Naruto

p/s: Letih kena kenal semua orang kampung Naruto. Sekarang aku dah tak layan Naruto ni. Apa khabar la Sasuke agaknya..?

Saturday, 29 January 2011

Kuatkanlah Ikatan Itu



Menenangkan jiwa


Dunia sedang tersenyum.
Menyaksikan insan-insan yang bertemu dan berpisah kerana - Nya.

Perasaan yang lain ketika meninggalkannya, si sahabat itu.

Terkadang air mata tertumpah walaupun telah diseka, kerana itulah erti hati yang telah tertaut kerana cinta kepada Sang Pencipta.

Terima kasih sahabat, hanya Allah menjadi saksi erti perjuangan kita walaupun manusia lain menganggap kita berbuat sia-sia.

Maaf jika ada sebarang kekasaran yang ku lakukan - mungkin sudah sifat semulajadi yang sedikit keras.

Namun apabila terkenang akan segala mimpi lampau dan angan-angan mendatang, pastinya bibirku terkoyak senyum.

Tempat mencurah rasa walau sesekali pandangan kita berbeza. Namun hati yang telah jitu tidak mampu diranapkan oleh perasaan was-was dalam bersahabat.


Ketika menyambut birthday Afif Azzeri bersama-sama sahabat perubatan

Terima kasih sahabat-sahabatku. 
Semoga kita menapak ke syurga dalam perjuangan yang dilingkari duri-duri dendam.


~ sedang kerinduan ~