Sekarang adalah tahun terakhir aku berumur 20-an, sebelum aku menginjak ke usia 30 tahun. Kalau kau perasan dalam blog ini, aku campurkan semua hasil penulisan aku dalam 5 blog yang berbeza. Ya lah, jiwa muda hanya mahukan perfection. Semangat yang membara cuma datang sekejap-sekejap seperti asap mendap.
Jadi aku kembali untuk menulis semula. Kerana menulis ini memanjangkan usia. Maksudnya tulisan yang aku coretkan pada ketika ini akan boleh dibaca semula untuk tatapan aku dan orang lain pada masa hadapan.
Setiap aksara aku gabungkan membentuk perkataan. Perkataan itu aku cantumkan membentuk ayat-ayat. Dengan ayat-ayat itu aku mula cambahkan benih idea untuk disampaikan kepada ramai.
Tulisan ini juga boleh mengingatkan semula diri aku tentang nasihat yang aku berikan, suatu ketika nanti.
Baki Umur
Umur aku mungkin berbaki sekitar 30-40 tahun lagi, jadi aku tak pasti apa sumbangan yang aku boleh beri. Aku berharap dapat meninggalkan legasi yang baik dan fullfill tujuan aku hidup.
Setelah aku reset semula matlamat hidup aku, aku jumpa the ultimate goal hidup aku:
Mati dalam keadaan yang baik (Husnul Khatimah)Mati dalam keadaan yang baik bukanlah semudah cakap-cakap di mulut sahaja. Bukan juga menanam tebu di tepi bibir belaka. Husnul khatimah yang aku impikan supaya kelak nanti aku dapat bertemu dengan Tuhan pencipta diri aku dalam keadaan terbaik.
Aku impikan lautan manusia hadir ketika aku meninggal nanti. Aku tahu aku tak akan dapat lihat semua manusia yang datang pada masa itu. Tapi aku puas sebab dah berjaya "menjemput ramai tetamu sepanjang hidup aku" untuk ke majlis pengebumian.
Kau rasa, orang-orang biasa ke yang akan dapat Husnul Khatimah ni? Cuba kau sebutkan nama-nama ahli syurga, semuanya jenis yang extra-ordinary dan luar biasa hebatnya.
Aku impikan sebelum aku bertemu Rabb-ku, aku dapat tinggalkan footprint dan legacy yang terbaik di dunia ini.
Aku dah set dan lock matlamat hidup aku. Kau yang membaca ni dah ada matlamat hidup? Ke cuma follow the flow? Kalau macam tu kau boleh hanyut sama-sama atau hidup kau cuma akan mengikut acuan matlamat orang lain.
K. Aliff
HPUPM
10.03.2020
No comments:
Post a Comment