Showing posts with label Rasa. Show all posts
Showing posts with label Rasa. Show all posts

Thursday, 28 April 2011

Tribute Untuk Antuma



Sejuta penghargaan kepada dua manusia di bumi bertuah UKM (cawangan Kuala Lumpur): Abg Zaidi dan Abang Amin.

Kepada Abang Zaidi,
Seorang yang berakhlak tinggi,
Caring..
Namun masih terdapat ketegasan yang menerbitkan kehormatan.
Dan pastinya sukar untuk penulis terus melihat selepas ini "The Walking Quran" di bumi KTSN. 

Buat Abang Amin,
Seorang yang teramat sistematik hidupnya.
Keceriaannya melimpah kepada mereka yang berada di sekeliling.
Dan segala saat indah ditarbiyah tak akan dapat penulis lupakan.
Ayat keramat yang paling penulis suka, "Enta jangan risau. Enta boleh..."
Amat terkesan.

Buat kedua-dua seniorku yang bakal menggulung ijazah, semoga perjuangan menegakkan khilafah tak dilupakan kendatipun kesibukan kian membungkam.
Untuk kalian, ku dedikasikan lagu ini sebagai ingatan.
Kalian sebenarnya sahabat buat seorang "adik" yang selalu "buat hal" ini...

Sahabat


Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi


Sahabat...

kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara



Tika ku buntu

diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman



Bagaikan embun

hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita 
Menggapai redha Yang Esa



Duhai sahabat dengarkanlah

Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan 
Namun tiada rentap kasih



Biarlah waktu menetukan

nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir



Dan aku masih di sini

terus mendaki
puncak tertinggi hidupku



Dan aku terus menanti

saat yang manis
akan berulang kembali



Sahabat...

p/s: Kalau masak nasi minyak, jangan lupa ajak. =)



Friday, 25 March 2011

Jiwaku Untukmu



Untukmu jiwa-jiwaku
Untukmu darahku
Untukmu jiwa dan darahku
Wahai Al-Aqsa tercinta

Aku akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Aku rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Aku penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsa yang mulia
Aku akan terus bersamamu

Ya Rabbi, izinkanlah aku
Berjihad di Palestinamu

Ya Allah, masukkanlah aku
Tercatat sebagai syuhadamu

Tercatat sebagai syuhadamu


Diolah daripada lagu Palestina Tercinta (Shoutul Harakah)

Tuesday, 22 March 2011

Menyesal


Sesal


Mengapa masa yang ada sering disia-sia?
Mengapa bila "tiada" baru mula meratap nestapa?


Memang fitrah manusia begitu. 
Bilamana dia kenyang, maka nafsu mula beraja.
Bilamana dia senang, maka dia leka. 

Begitu juga cerita tentang pemuda. 


Pemuda zaman ini lebih banyak masanya terbuang percuma, tanpa bayaran!
Sedarlah bahawa bayaran bagi masa yang ditinggalkan adalah satu penyesalan yang tidak sudah.


Anda ada ibu?
Maka ucapkan lah sayang sebelum dia pergi.


Anda seorang pelajar?
Maka belajarlah sebelum anda kesempitan masa.


Anda seorang pemegang amanah?
Maka besungguh-sungguh lah sebelum tiba hari kebangkitan, hari penyesalan bagi mereka yang culas.


Yang paling penting sebagai seorang hamba, semoga anda tidak berada dalam keadaan memalukan dan menjijikkan ketika bertemu Tuhan!


"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang telah yakin"

(As-sajdah: 12)

Terlambat sudah untuk menyesal.

Friday, 25 February 2011

Bila Nur Kembali



Cahaya Menembusi Hati


Manusia yang mencari cahaya akan berjumpa Tuhannya.
Manakala manusia yang lalai akan terus hanyut dibawa arus deras penipuan dunia.

Hanya dengan hati yang tenang bakal memperoleh suatu "tiket istimewa".


Tiket yang tiada tandingan.
Tiket yang amat bernilai.
Tiket yang menjadi rebutan semua pencinta sang pencipta.


Tiket yang membenarkan si pembelinya merasai nikmat bertuhan.
Ia juga bakal memperlihatkan aku dan kamu menikmati cahaya kebahagiaan.


"Allah memberi petunjuk kepada cahaya Nya bagi orang yang Dia kehendaki..."
(an-Nur: 35)


Apabila nur itu kembali ke dalam jiwa, manusia itu akan bangun daripada alam kegelapan.


Moga aku, kamu dan seluruh umat ini berlari untuk mengejar tiket itu.


Tiket yang bakal melimpahkan nur (cahaya) ke dalam hati.

Sunday, 20 February 2011

Cinta Tak Pernah Meminta



Cinta mengorbankan segala


Rasa cinta itu pastinya hadir dalam setiap jasad yang bernyawa. Tiada keraguan.


Cinta itu ada kehebatannya - kuasa cinta. Dengan kuasa ini, manusia mampu melakukan sesuatu hingga nyawa menjadi gadaian.

Maka, apa yang banyak kamu korbankan itu lah sebenarnya menjadi bukti kecintaanmu.


Si ibu berkorban apa sahaja untuk anaknya kerana cinta.
Pemimpin rakus dan zalim merompak hasil kerana cinta nya pada harta dan kuasa.


Nah, apa lagi bukti yang kamu mahu wahai diri?


Pencinta itu ibarat lilin cair yang sedang mengorbankan diri untuk kecintaannya.


Seharusnya cinta Allah itu harus digagau cari. Berjumpa cinta utama itu membuahkan nikmat.


Maka apakah ukuran cinta Pencipta itu?


Ukuran cinta Allah kepada mu adalah sejauh mana kamu mencintai Dia.
Oh, celaka sungguh diri andai cinta Allah itu ku tinggalkan!

Wednesday, 16 February 2011

Saat Lafaz Sakinah



Tautan dua hati

Lafaz pernikahan.
Satu lafaz yang menyatukan dua hati secara sah.
Tiada lagi cinta berkalang duka. Yang ada hanyalah bahagia.

Kerana lafaz itu membenarkan fitrah manusiawi untuk memiliki dan dimiliki.
Bukan hanya satu janji-janji manis yang akhirnya dimunafikkan sang pelafaz dusta.


Sakitnya cinta tanpa lafaz itu kerana jauh ke dasar hati,
hati itu ingin memiliki dan dimiliki secara sah.
Bukan hanya dipatungkan sesuka hati.


Wahai diri.
Mempertahankan kesetiaan mencapai lafaz ini sesuatu yang payah.
Tetapi aku ingin memiliki hati yang tidak pernah dimiliki.
Dan kamu...?


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan
(an-Nur:30)

Moga lafaz pernikahan aku itu cinta pertama dan terakhirku. Sentiasa suci. 

Sesuci cinta Ali kepada Fatimah, sesuci cinta Muhammad kepada Khadijah.

Monday, 14 February 2011

Infection Penyakit Malas


Ini Adalah Eye Infection

Infection ini merupakan jangkitan serangan psikologi terhebat sejak berdekad.
Ia tidak sesekali mengenal erti umur, jantina dan bangsa.

Malas.
Jangkitan yang mampu merobohkan semangat yang kental.


Sungguh sugul hidup.
Hanya bermalasan tanpa berusaha sehingga ke masa-masa kritikal.


Ingat, apabila anda mendekati mereka-mereka yang terkena jangkitan ini, anda berisiko untuk bersama-sama malas!


Pythogoras si bijak pernah berpesan:
"Wahai anak muda. Jika kamu tidak mahu menanggung letihnya belajar, maka kamu harus menanggung letihnya kebodohan"


Syurga itu dikelilingi duri kepayahan manakala neraka itu diulik dengan haruman nikmat kesenangan.


Wahai aku, buang si sial malas ini!

Friday, 4 February 2011

Mencari Hati Yang Innocent



Sentiasalah dengar rayuan hati kita


Hati yang dirantai rasa bersalah.

Dan rasa bersalah itu akhirnya membelenggu diri.


Kemudian?
Kita akan merasa hilang dan kosong.

Pernahkah ini terjadi kepada kita?

Sering melarikan diri daripada masalah.
Sering berhelah berdepan kebenaran.

Oh...
Operate lah hati.
Renovate lah diri.

Manusia sentiasa sibuk sehingga lupa kepada asal dirinya..

Maka, layaklah jika dikawal diri dengan perkara ini:
kurang makan
kurang tidur
kurang cakap
banyakkan bersendirian

Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu berkenaan Aku, maka jawablah Aku dekat...
(al-Baqarah: 186)

Maafkan aku yang selalu berdosa wahai Allah.. =(


p/s: terima kasih kepada"nya" yang sedia mendengar luahan hati pada malam ini. 

Sunday, 30 January 2011

Hatiku Raja

Mencari ketenangan


Hati ibarat tuan dan jasad adalah hambanya. 


Hati juga bertindak selaku pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. 


Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.



Rasulullah SAW bersabda:
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

GELISAH

Terkadang kita merasakan sangat gelisah. Dan tertanya-tanya, mengapa aku begini..?

Atau kita juga merasa sepi walaupun ditengah gelak tawa ramai.
Mengapa..?

Mungkin antara sebab yang menjadi punca adalah HATI.

Hati yang tidak diberi keperluan rohani yang secukupnya akan memberontak, mogok kepada diri.

Kesannya dirasai oleh kita tanpa mengetahui punca sebenar. Pada ketika itulah, kita akan lebih beremosi, hatta kawan yang melawak terasa ingin disepak.


Mencari erti hidup

SALAH SIAPA?

Kita.
Tiada jawapan lain yang boleh diberikan melainkan perkataan "kita".

Dengan amalan yang sepatutnya menjadi santapan rohani sering ditinggalkan. 
Zikir-zikir yang membasahi bibir disepikan.
Akal yang berfikir mengagumi ciptaan Tuhan ditidurkan.

Kehebatan Sang Raja ini yang tidak berpuas hati dengan diri, lantas mengucar-kacirkan hidup.
Arghhh... Stress sekali.

Di manakah posisi terbaik diri seperti ini di disisi Tuhan sehingga menyebabkan hati menjerit?

KEMBALI KEPADA FITRAH


Keadaan hati yang merasai nikmatnya bertuhan perlu segera dikembalikan.
Agar kita tidak dikeronyokkan dengan penyeksaan yang dilakukan oleh hati yang berduka.


Hati yang berduka tandanya bernoda dosa, manakala hati yang suci merasai nikmat yang tak terperi.

Tuhan, pada-Mu ada kedamaian, oleh itu turunkanlah ia kepada hati ini.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ . ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! 

Surah al-Fajr (27-28)
 
Wahai hati...
Hilanglah duka, kembalilah ceria.

Saturday, 29 January 2011

Panjang Umur Dengan Membunuh



Pedang pembunuh


Selama ini, aku sering menyatakan kepada teman-teman bahawa aku tidak akan menyertai dunia blog. 

"Menyusahkan", kataku. 

Namun maaf kepada kalian kerana jiwaku sudah tidak mampu melihat durjana mendera hati. 

Aku sangat terkesan dengan kematian Syed Qutb, matinya di tali gantung kerana pedang itu. Aku mengimpikan nukilan pena Pak Hamka ketika dipenjara. 

Ah, jalan ini kurasakan nyaman sekali walaupun ku tahu ketajaman pedang ini bakal dibalas dengan libas tetak pedang-pedang lain. Aku juga tahu, panahan-panahan berbisa yang menujam bertalu pasti berlaku. Persetankan segalanya, selagi nafas dihela. 

Kuhunuskan pedang memasuki gelanggang.
Umur terus memanjang dengan tajamnya pedang pena ini.

Semoga pedang tidak tumpul berkarat.

p/s: Semoga umurku panjang dengan adanya tulisan ini. Tulisan itu pedang yang mampu membunuh dan memanjangkan umur.