Tuesday, 29 March 2011

Semangat Pemuda


Pemuda semakin lembab

Mengapa pemuda tidak diberikan kebebasan untuk bersuara?
Hal yang perlu dimusykilkan. 
Sedangkan kudrat pemuda ini mampu membangunkan tiang-tiang negara dalam masa yang sekejap.
Idea pemuda itu kreatif.
Idea pemuda itu tidak terfikir dek otak.

Namun semangat pemuda itu harus dikawal oleh si tua yang lebih berusia agar semangat itu tersalur ke tempat yang benar.

Semangat yang menggelora ini melahirkan keberanian dan melipatgandakan kekuatan kerana kekuatan tanpa keberanian akan selamanya bersembunyi diam.
Kekuatan tanpa keberanian juga membuat organisasi menjadi lembab. 

Semangat pemuda yang menyinga tertoreh mulia dalam perang Badar. 
Ali bin Abu Thalib yang saat itu masih berusia 25 tahun menjadi jaguh menumpaskan 18 orang musuh, daripada sejumlah 70 pasukan kafir Quraisy yang terbunuh.

Muhammad al-Fateh yang berjaya memimpin tenteranya meruntuhkan kerajaan Byzantine di Konstantinopel sekitar 23 tahun.

Nah, bukti apa yang kamu mahu lagi wahai pemuda? Dunia mengharapkan kamu tersedar daripada diulik mimpi lena!

2 comments: