Krisis diri |
Bersyukurlah jika anda sedang berselisih faham dengan orang tersayang ketika ini.
Ini bermakna anda masih memiliki teman untuk berkongsi.
Andaikata tiada siapa menyapa anda hari ini, bagaimanakah rasanya..?
Sepi.
Dan kesepian itu membunuh.
"Membunuh" sehingga mampu menyebabkan anda menghidapi schizophrenia atau gila.
Tetapi dalam wad psikiatri, tiada istilah gila itu.
Pesakit schizophrenia hanya menganggap mereka keseorangan tanpa ada manusia lain. Mereka berada di "dunia" mereka. Bukankah ini juga kesepian?
"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman."
(ali-Imran: 139)
Andaikata kesepian itu hadir, cari lah Tuhanmu kerana Dia penghapus kesunyian.Jangan biarkan anda terbunuh dek kesepian itu!
"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman."
ReplyDelete(ali-Imran: 139)
thank you alif .:)
thanks sharing.. nice
ReplyDelete"apa pun kenikmatan yg akan diberikan kpmu, maka itu adlh kesenangan hidup di dunia. sedangkan apa kenikmatan yg ada di sisi Allah lebih baik dan lbh kekal bg orang yg beriman, dan hanya kp Tuhan mrk bertawakal"
ReplyDeleteas-Syura:36
Mujahid..Mari mengejar kebahagiaan di sisi Allah..daripada kebahagiaan dunia yg fana semata2..