Jangan khianat |
Wahai diri,
Detakkan tulisan ini kutuju padamu.
Contengan karangan kulakarkan di kanvas maya agar ia kekal di galeri lukisan hidup. Mengertilah untuk berlaku jujur.
Jangan kamu khianat dengan harapan rakyat.
Hendaklah kamu berusaha sehingga hilang daya upaya.
Hendaklah kamu amanah dengan meneroka segala ilmu di dunia.
Moga kelak, kamu menjadi seorang yang cendikia - mereka yang mengerti dan memperoleh cahaya hikmah.
Bukan si tiong yang bersuara, tanpa memahami erti bait-bait lafaz pertuturannya.
Tertinggal ilmu, bermakna kamu bersedia menjadi sang algojo yang membunuh pesakitmu sendiri.
Ingatlah, rahsia kejayaan itu dua: ikhlas dan doa.
Moga kamu bukan pengkhianat kerana pengkhianat itu adalah munafik yang berada di Jahanam. Kekal abadi.
ibarat si kitul yg x pernah bersyukur, mengkhianati melaka hingga dihina dan dihenyak tiada penghujung,
ReplyDeletebanyak lagi kisah pengkhianat di lipatan sejarah
namun kisah yang sama terus diulang....
betul2..
ReplyDeletedan moga kita juga x khianat dgn amanah yg diberikan