Hangat-hangat ta*i ayam |
Pada tahun 2009, ketegangan antara Israel dan penduduk Palestin di Gaza tercetus rentetan tindakan Israel dalam usaha mereka untuk menghapuskan gerakan HAMAS di Gaza. Insiden ini menarik perhatian banyak pihak termasuk umat Islam di Malaysia tentang kebiadaban Israel di bawah rejim Zionis terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Kutukan demi kutukan, dan laungan pemulauan Israel termasuk barang-barang yang berkaitan dengan Israel seperti McDonald berkumandang disana-sini.
Namun, sedar atau tidak, kebanyakkan dari kita ini sebenarnya hanya memahami bahawa umat Islam di Palestin sedang ditindas. Tetapi mereka tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku di antara Palestin dan Israel ini. Mereka tidak tahu permasalahan sebenar.
Lebih membimbangkan, tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza telah berjaya memesongkan perhatian kita dari situasi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa, seterusnya memudahkan mereka untuk menjalankan operasi penggalian di bawah masjid tersebut yang bertujuan untuk merobohkan masjid tersebut, seterusnya membawa pada pembinaan Temple of Solomon yang menjadi idaman Yahudi sejak sekian lama.
Buktinya, ketika krisis tersebut mencapai tahap kemuncak, kebanyakan pihak lebih melaungkan nama Gaza tetapi begitu sedikit atau hampir tidak kedengaran laungan nama Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Buktinya, ketika krisis tersebut mencapai tahap kemuncak, kebanyakan pihak lebih melaungkan nama Gaza tetapi begitu sedikit atau hampir tidak kedengaran laungan nama Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Selain itu, banyak pakatan memboikot barangan Israel oleh pelbagai pihak dilancarkan, antaranya yang paling mendapat perhatian adalah minuman Coca-cola, McDonald, Nestle, barangan kosmetik Loreal dan banyak lagi. Kita puji tindakan mereka ini kerana ini juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memberi tekanan terhadap Israel. Namun, laungan boikot ini hanya kedengaran ketika kemelut itu sahaja. Selepas berakhir krisis, laungan anti-Israel dan boikot barangan Israel turut berakhir. Pemimpin-pemimpin Yahudi dan Barat ketika ini sudah pasti sedang tertawa melihat betapa tidak seriusnya umat Islam seluruh dunia dalam membela saudara-saudara mereka sendiri di Palestin. Betapa hebatnya mereka mempermainkan umat Islam.
Dalam memperkatakan tentang isu boikot, sebenarnya satu persoalan yang timbul adalah sejauh manakah berkesannya tindakan memboikot barangan Israel ini? Pengasas syarikat Ford Motor, Henry Ford Sr, dalam bukunya The International Jew yang telah diharamkan penerbitannya di Amerika Syarikat menulis:
“Untuk menyenaraikan bidang-bidang perniagaan yang dikuasai orang Yahudi di Amerika, ia akan menyentuh hampir semua bidang utama di negara ini.”
Apa yang diperkatakan oleh Ford ini sangat berasas, dan perkara ini tidak terbatas kepada Amerika sahaja, malahan seluruh dunia. Siapa yang tidak sedar bahawa kebanyakkan bidang perniagaan dan sebagainya adalah milik Yahudi. Sebut sahaja McDonald, Coca-cola, Starbucks, Baskin Robbins, Carrefour, Tesco, Nike, Nokia, Loreal, Ralph Lauren, Johnson & Johnson, Dell, Microsoft, Levi’s, Nestle, CNN, The Times, malahan Hollywood, antaranya melalui Disney, Paramount Pictures, Universal Studio dan banyak lagi. Bintang-bintang Hollywood dan penerbit serta pengarah filem mereka juga ramai daripadanya adalah Yahudi. Contohnya Harrison Ford, Sandra Bullock, Billy Crystal, Michael Douglas, Steven Spielberg dan Oliver Stone. Rangkaian sosial paling popular sekarang, Facebook juga dimiliki oleh Yahudi. Pengasasnya Mark Zuckerberg, berbangsa Yahudi kelahiran Amerika, bekas mahasiswa Universiti Harvard kini adalah jutawan, bahkan billionaire termuda di dunia, dengan aset harta dianggarkan berjumlah USD 6.9 bilion pada usia 26 tahun.
Jika sesuatu produk itu bukan kepunyaan Yahudi sekalipun, sesuatu yang mustahil untuk produk atau rangkaian perniagaan itu tiada langsung interaksi dan perhubungan dengan Yahudi. Mengapa?
Sesuatu yang agak jelas untuk kita mempersoalkan tentang keberkesanan boikot ini. Malahan, dalam sistem ekonomi dunia ketika yang bergantung kepada Amerika, mustahil untuk kita menjalankan atau memastikan keberkesanan tindakan boikot Israel ini. Kebanyakkan negara di dunia ini termasuk Malaysia masih menggunakan sistem dollar Amerika dalam urusan perdagangan antarabangsa. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kita sememangnya punya rangkaian perniagaan dengan Amerika sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin dalam bahasa yang lebih mudah, apa yang berlaku terhadap Amerika, pasti mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini.
Sementara itu, ekonomi Amerika pula, seperti yang kita sedia maklum, dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Pendedahan If Americans Knew dalam laman web rasminya mendedahkan Amerika menyumbang sekurang-kurangnya USD 7 juta kepada Israel SEHARI!!! Hasil daripada wang pembayar cukai rakyat Amerika. Pada tahun 2003 sahaja, Amerika, ketika itu dibawah pemerintahan George W. Bush menyumbang USD 140 bilion kepada Israel. Sekaligus menjadikan Israel, dengan jumlah penduduk hanya 7 juta dan keluasan 20 ribu kilometre persegi (kurang 20% daripada keluasan Semenanjung Malaysia sendiri), penerima bantuan ekonomi dan ketenteraan terbesar daripada Amerika, meliputi lebih daripada 20% daripada bantuan kewangan untuk negara luar. Inilah sebab yang dikatakan lebih awal, bahawa mana mungkin sesuatu produk itu tidak ada perkaitan langsung walaupun sedikit dengan rangkaian Yahudi. Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah mengatakan:
“Saya ingin memberitahu secara jelas, jangan bimbang tentang tekanan Amerika terhadap Israel, kita, orang Yahudi, menguasai Amerika, dan orang Amerika sedar akan hal ini.”
Kenyataan terbaru White House melalui media AFP pada 8 Disember 2010 sendiri mengakui kegagalan mereka dalam mendesak Israel menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis adalah bukti terkini bahawa sememangnya Israel menguasai negara itu.
Namun, ini tidak bermaksud bahawa tindakan memboikot barangan Israel ini suatu yang sia-sia. Kita puji dan sambut baik tindakan sesetengah dari kita ini sebagai salah satu inisiatif untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Mungkin jika tidak dengan memboikot sekalipun, kita boleh mengurangkan penggunaan barangan yang mempunyai perkaitan langsung dengan Israel. Dengan populasi umat Islam seluruh dunia melebihi 1.2 bilion orang, tidak mustahil untuk merealisasikan tindakan ini asalkan umat Islam bersatu padu bersama-sama menjayakannya. Tetapi situasi terkini memperlihatkan umat Islam sendiri berkelahi sesama sendiri, berpecah-belah dan tidak bersatu dalam banyak aspek.
p/s: Jangan hanya bergeybang!
p/s: Jangan hanya bergeybang!
No comments:
Post a Comment