Friday 4 February 2011

Semurni Kasih Spongebob



Spongebob & Friends


Spongebob.

Kartun yang mempunyai jutaan peminat cilik mahupun dewasa.
Kartun yang mempunyai "kuasa penarik" yang hebat.

Aku gembira melihat telatah Spongebob dan Patrick.

Sentiasa bersama-sama dalam ikatan yang tidak putus.

Spongebob Squarepants, span laut yang hidup di dalam sebuah rumah nenas, lengkap berperabot di bandar Bikini Bottom. Dia bekerja sebagai Penggoreng Krabby Patty di Krusty Krab. Wataknya yang naif, tetapi berfikiran positif menjadikan dia sangat tidak disukai oleh Squidward, jiran dan rakan sekerjanya.

Manakala sahabat baiknya, Patrick Star merupakan tapak sulaiman yang berwarna merah jambu dan berperut buncit. Patrick tinggal di bawah kubah batu, berjiran dengan Spongebob dan sering melakukan aksi yang pelik selain bercakap tanpa berfikir.

Namun Spongebob sentiasa bersabar dengan segala kerenah sahabatnya itu.


"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” 


(Riwayat al-Hakim)

Oh, nampaknya Spongebob telah menjadi sahabat dan jiran yang baik terhadap Patrick (walaupun terkadang Patrick melakukan perkara yang menyakitkan hati Spongebob).


Masihkah kita ingat akan pesan Baginda SAW:


“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. 
Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri.
Ingatlah bahawa orang mukmin menyelesaikan masalah dengan akhlak yang mulia.


Adakah kita akan membiar sang sahabat itu tenggelam di lautan neraka?


Maka selamatkanlah sahabat itu. Peganglah tangannya seerat mungkin.


 Gambar Patrick dan Spongebob yang diambil di Kedai Foto Mr X


Hanya ujian kehidupan di dunia ini akan menapis sahabat sejati seperti sayangnya Spongebob kepada Patrick!

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

p/s: Terima kasih sahabat-sahabatku!

2 comments: