Tuesday 15 February 2011

Politik Itu Kotor



Ingin aku tembak politik!


Satu perkataan yang menyesakkan otak.
Membuatkan jiwa kacau bilau.


Politik. 
Teramat tidak aku sukai. Yang kulihat hanya pertelingkahan yang tak berkesudahan.


Di mana hujungnya...?

Ingin sahaja aku benci politik ini. Tetapi politik itu adalah urus tadbir.
Urus tadbir itu bermula daripada setiap jiwa insan. 
Maka, setiap insan itu turut berpolitik menguruskan dirinya.


Layakkah aku membenci untuk mentadbir diri?


"Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap kamu akan ditanya dengan setiap tanggungjawabnya"
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Dr. Yusoff al-Qardawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa mengikuti pilihan raya itu adalah wajib hukumnya jika itu adalah jalan untuk menegakkan agama. 


Malah pilihan raya itu juga sifatnya adalah jihad moden yang telah diputuskan oleh jumhur ulama'. Paradigma songsang bahawa politik itu kotor harus dicampak keluar daripada diri.


Maka mentadbir dan memilih pemimpin adalah naluri seorang manusia. Lakukankan tanggungjawab untuk memberi mandat kepada orang yang berhak memegangnya. Jika kita tidak mengundi dan kemenangan berpihak kepada kezaliman, maka apakah jawapan kita dihadapan pemilik kaabah di akhirat kelak?


Di dalam medan demokrasi, menang mungkin dengan satu undi, kalah mungkin dengan satu undi!


Undi kamu amat beharga. Semoga kepimpinan yang benar memperoleh cahaya kemenangan.




p/s: Tajuk sebenar adalah: "Politik Itu Kotor?" Sumbangan idea daripada mafiasolleh..  Selamat mengundi! ^_^

No comments:

Post a Comment