Wednesday 16 February 2011

Saat Lafaz Sakinah



Tautan dua hati

Lafaz pernikahan.
Satu lafaz yang menyatukan dua hati secara sah.
Tiada lagi cinta berkalang duka. Yang ada hanyalah bahagia.

Kerana lafaz itu membenarkan fitrah manusiawi untuk memiliki dan dimiliki.
Bukan hanya satu janji-janji manis yang akhirnya dimunafikkan sang pelafaz dusta.


Sakitnya cinta tanpa lafaz itu kerana jauh ke dasar hati,
hati itu ingin memiliki dan dimiliki secara sah.
Bukan hanya dipatungkan sesuka hati.


Wahai diri.
Mempertahankan kesetiaan mencapai lafaz ini sesuatu yang payah.
Tetapi aku ingin memiliki hati yang tidak pernah dimiliki.
Dan kamu...?


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan
(an-Nur:30)

Moga lafaz pernikahan aku itu cinta pertama dan terakhirku. Sentiasa suci. 

Sesuci cinta Ali kepada Fatimah, sesuci cinta Muhammad kepada Khadijah.

4 comments:

  1. alhamdulillah..moga jodohmu wanita y masih suci hatinya..amin..

    ReplyDelete
  2. wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan wanita yg jahat adalah untuk lelaki yg jahat..didiklah dirimu untuk mencintai Pencipta cinta jika engkau ingin menikmati cinta itu..carilah dan rebutlah cintaNya sebelum merebut cinta insan yg fana..jika engkau ingin cintamu itu berkekalan hingga ke syurga..insyallah..

    ReplyDelete
  3. =)
    thanks for your reminder ukhti asrar...

    ReplyDelete