Thursday, 10 March 2011

Medical Students' Disease


Do you need any treatment..?

Medical students' disease, also known as hypochondriasis of medical students or medical student syndrome or medical student disorder, is a condition frequently reported in medical students, who perceive themselves or others to be experiencing the symptoms of the disease(s) they are studying.
The condition is associated with the fear of contracting the disease in question. Some authors suggested that the condition must be referred to as nosophobia rather than "hypochondriasis", because the quoted studies show a very low percentage of hypochondriacal character of the condition, and hence the term "hypochondriasis" would have ominous therapeutic and prognostic indications. The reference suggests that the condition is associated with immediate preoccupation with the symptoms in question, leading the student to become unduly aware of various casual psychological and physiological dysfunctions; cases show little correlation with the severity of psychopathology, but rather with accidental factors related to learning and experience.
Huhu... =)

Monday, 7 March 2011

Kepelikan Melampau!



Dunia


Kesal.
Sesetengah daripada kita begitu gemar menceritakan aktiviti harian yang entah apa-apa kepada khalayak. Namun, apakah kamu sedar terkadang ia bisa menjadikannya aib bagi dirimu?


Tiada siapa tahu kamu telah melakukan maksiat kepada Allah, tetapi kamu menceritakannya kepada dunia melalui blog, facebook, twitter etc. 


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." 
(Bukhari dan Muslim)

Nah, inilah fitnah terbesar melanda umat Muhammad. Apabila hati mati, semua yang suci menjadi benci. Semua yang baik dikatakan skema. Yang jahat itu dikatakan cool. 

Aktiviti seharian ingin dicerita, perasaan hati ingin diluah. Ini dilakukan agar menjadi perhatian ramai - bertambah followers; bertambah "like" dan comment pada status. Betapa kamu itu sebenarnya kekurangan kasih sayang dan perhatian. Alangkah kasihan!

Anak muda, suatu hari nanti akan sampai masa kamu menjadi penghuni tua. Maka, apakah kamu telah bersedia untuk saat itu?

Allah sebenarnya telah menjaga aibmu. Maka, kenapa kamu menceritakannya? Jagalah aibmu. Tiada siapa mengetahui dosamu (melainkan Allah) jika kamu tidak menceritakannya.
Mohonlah ampun kepada Nya... =(


p/s: sekarang ni tak payah susah-susah nak curi diari orang. Baca je dekat blog atau facebook.

Sunday, 6 March 2011

Sifat Mukmin

Bangga

Sungguh mengagumkan perihal mukmin.
Sesungguhnya semua hal yang dialaminya adalah baik.
Sifat itu tidak dimiliki siapapun kecuali oleh seorang mukmin.

Jika ia mendapatkan hal yang menyenangkan, ia bersyukur.
Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya.
Jika ia ditimpa hal yang menyakitkan, ia bersabar.
Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya.

(HR. Muslim)

Saturday, 5 March 2011

Kisah Raja Gemuk



Gambar Hiasan




Alkisahnya, ada seorang raja yang mengalami masalah badan yang terlalu gemuk. Oleh kerana saiz badannya begitu, dia mendapat banyak penyakit.
Hampir semua doktor dan bomoh di seluruh negeri jajahannya telah di panggil untuk mengubati penyakit Raja. Tapi, penyakit itu tak sembuh-sembuh juga.
Cuma tinggal seorang bomoh yang belum di panggil, itupun kerana dia dikenali dengan berfikiran berbeza dan kadang-kadang tidak logik. Tapi, oleh kerana tidak ada pilihan lain lagi, maka di panggillah bomoh yang dianggap setengah gila ini.
Maka datanglah bomoh itu kepada Raja. Bomoh tersebut masuk dan memeriksa tapak tangan Raja tersebut, tiba-tiba dia berlari keluar dari bilik raja dengan wajah ketakutan. Maka, dia di kejar oleh pengawal istana, dan ditanya tentang penyakit Raja. Tapi, bomoh setengah gila ini tak mahu menjawabnya, meskipun telah dipujuk berkali-kali.
Setelah ia diancam dengan hukuman bunuh, barulah dia memberitahu, bahawa umur Raja tinggal 28 hari sahaja lagi. Iaitu Raja sedang menunggu ajalnya.
Mendengar jawaban bomoh, Raja sangat panik. Diapun menangis tersedu-sedu.
Sejak itu, Raja yang gemuk itu tidak boleh makan makanan yang sedap-sedap yang dihidangkan kepadanya dan tidak boleh tidur nyenyak. Sejak mendengar perkataan bomoh, Raja rajin melaksanakan ibadat-ibadat sunat apalagi yang wajib siang dan malam.
Namun sehingga pada hari ke 28,raja belum meninggal, maka di panggillah bomoh tadi untuk menghadap.
Dengan mudah, bomoh aneh itu hanya menjawab “Raja memang tidak mati, tapi berat badan baginda turun secara mendadak dari sebelumnya, dan penyakit-penyakit akibat gemuk baginda pun sudah sembuh”.
Pengajaran
Bukan mengurangkan makan dan tidursahaja dapat menguruskan badan.
Tentunya kita tidak mahu dikatakan melakukan ibadat hanya kerana terpaksa seperti yang dilakukan oleh Raja dalam kisah diatas..Namun kita boleh menilai sendiri apakah diri kita selama ini melaksanakan ibadat kerana cinta kepadaNya atau terpaksa kerana kewajipan semata-mata.
Keterpaksaan ini biasanya muncul kerana kita tidak fahma makna,manfaat dan tujuan kita beribadah.
Sesungguhnya, apabila kita mahu memahami perintah Allah dan aturan yang telah ditetapkanNya, maka kita akan menyedari bahawa ia begitu indah.
Keindahan agama merupakan suatu perkara yang sukar untuk didapatkan apabila kita masih terus beribadat kerana terpaksa atau memiliki tujuan yang bersifat keduniaan, bukan kerana mengharap keredhaan Allah.
Sahabat..
Allah tidak mempunyai kepentingan terhadap ibadat kita. Yang berkepentingan ialah diri kita sendiri. Oleh itu, marilah kita berhenti daripada bertangguh berbuat taat kepada Allah…
Mari beribadah kepadaNya perlu dengan kesungguhan, penuh keikhlasan dan kesabaran kerana kecintaan kepadaNya, bukan dengan keterpaksaan..
Sedarlah, akhirnya kita semua akan kembali kepadaNya dengan rela atau terpaksa..

Thursday, 3 March 2011

Boikot Yang Sekejap



Hangat-hangat ta*i ayam


Pada tahun 2009, ketegangan antara Israel dan penduduk Palestin di Gaza tercetus rentetan tindakan Israel dalam usaha mereka untuk menghapuskan gerakan HAMAS di Gaza. Insiden ini menarik perhatian banyak pihak termasuk umat Islam di Malaysia tentang kebiadaban Israel di bawah rejim Zionis terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Kutukan demi kutukan, dan laungan pemulauan Israel termasuk barang-barang yang berkaitan dengan Israel seperti McDonald berkumandang disana-sini. 


Namun, sedar atau tidak, kebanyakkan dari kita ini sebenarnya hanya memahami bahawa umat Islam di Palestin sedang ditindas. Tetapi mereka tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku di antara Palestin dan Israel ini. Mereka tidak tahu permasalahan sebenar.
Mereka hanya mengetahui bahawa konflik Palestin-Israel hanyalah masalah perebutan sebidang tanah di kawasan padang pasir Mediterranean di antara dua bangsa ini. Tetapi mereka tidak tahu bahawa masalah ini sebenarnya melibatkan maruah Islam dan persoalannya sekarang, rakyat Palestin yang telah mendiami wilayah tersebut sejak sekian lama telah dihalau dari tanah air mereka oleh kaum Yahudi.

Lebih membimbangkan, tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza telah berjaya memesongkan perhatian kita dari situasi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa, seterusnya memudahkan mereka untuk menjalankan operasi penggalian di bawah masjid tersebut yang bertujuan untuk merobohkan masjid tersebut, seterusnya membawa pada pembinaan Temple of Solomon yang menjadi idaman Yahudi sejak sekian lama. 


Buktinya, ketika krisis tersebut mencapai tahap kemuncak, kebanyakan pihak lebih melaungkan nama Gaza tetapi begitu sedikit atau hampir tidak kedengaran laungan nama Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Selain itu, banyak pakatan memboikot barangan Israel oleh pelbagai pihak dilancarkan, antaranya yang paling mendapat perhatian adalah minuman Coca-cola, McDonald, Nestle, barangan kosmetik Loreal dan banyak lagi. Kita puji tindakan mereka ini kerana ini juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memberi tekanan terhadap Israel. Namun, laungan boikot ini hanya kedengaran ketika kemelut itu sahaja. Selepas berakhir krisis, laungan anti-Israel dan boikot barangan Israel turut berakhir. Pemimpin-pemimpin Yahudi dan Barat ketika ini sudah pasti sedang tertawa melihat betapa tidak seriusnya umat Islam seluruh dunia dalam membela saudara-saudara mereka sendiri di Palestin. Betapa hebatnya mereka mempermainkan umat Islam.
Dalam memperkatakan tentang isu boikot, sebenarnya satu persoalan yang timbul adalah sejauh manakah berkesannya tindakan memboikot barangan Israel ini? Pengasas syarikat Ford Motor, Henry Ford Sr, dalam bukunya The International Jew yang telah diharamkan penerbitannya di Amerika Syarikat menulis:
“Untuk menyenaraikan bidang-bidang perniagaan yang dikuasai orang Yahudi di Amerika, ia akan menyentuh hampir semua bidang utama di negara ini.”
Apa yang diperkatakan oleh Ford ini sangat berasas, dan perkara ini tidak terbatas kepada Amerika sahaja, malahan seluruh dunia. Siapa yang tidak sedar bahawa kebanyakkan bidang perniagaan dan sebagainya adalah milik Yahudi. Sebut sahaja McDonald, Coca-cola, Starbucks, Baskin Robbins, Carrefour, Tesco, Nike, Nokia, Loreal, Ralph Lauren, Johnson & Johnson, Dell, Microsoft, Levi’s, Nestle, CNN, The Times, malahan Hollywood, antaranya melalui Disney, Paramount Pictures, Universal Studio dan banyak lagi. Bintang-bintang Hollywood dan penerbit serta pengarah filem mereka juga ramai daripadanya adalah Yahudi. Contohnya Harrison Ford, Sandra Bullock, Billy Crystal, Michael Douglas, Steven Spielberg dan Oliver Stone. Rangkaian sosial paling popular sekarang, Facebook juga dimiliki oleh Yahudi. Pengasasnya Mark Zuckerberg, berbangsa Yahudi kelahiran Amerika, bekas mahasiswa Universiti Harvard kini adalah jutawan, bahkan billionaire termuda di dunia, dengan aset harta dianggarkan berjumlah USD 6.9 bilion pada usia 26 tahun.
Jika sesuatu produk itu bukan kepunyaan Yahudi sekalipun, sesuatu yang mustahil untuk produk atau rangkaian perniagaan itu tiada langsung interaksi dan perhubungan dengan Yahudi. Mengapa?
Sesuatu yang agak jelas untuk kita mempersoalkan tentang keberkesanan boikot ini. Malahan, dalam sistem ekonomi dunia ketika yang bergantung kepada Amerika, mustahil untuk kita menjalankan atau memastikan keberkesanan tindakan boikot Israel ini. Kebanyakkan negara di dunia ini termasuk Malaysia masih menggunakan sistem dollar Amerika dalam urusan perdagangan antarabangsa. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kita sememangnya punya rangkaian perniagaan dengan Amerika sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin dalam bahasa yang lebih mudah, apa yang berlaku terhadap Amerika, pasti mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini.
Sementara itu, ekonomi Amerika pula, seperti yang kita sedia maklum, dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Pendedahan If Americans Knew dalam laman web rasminya mendedahkan Amerika menyumbang sekurang-kurangnya USD 7 juta kepada Israel SEHARI!!! Hasil daripada wang pembayar cukai rakyat Amerika. Pada tahun 2003 sahaja, Amerika, ketika itu dibawah pemerintahan George W. Bush menyumbang USD 140 bilion kepada Israel. Sekaligus menjadikan Israel, dengan jumlah penduduk hanya 7 juta dan keluasan 20 ribu kilometre persegi (kurang 20% daripada keluasan Semenanjung Malaysia sendiri), penerima bantuan ekonomi dan ketenteraan terbesar daripada Amerika, meliputi lebih daripada 20% daripada bantuan kewangan untuk negara luar. Inilah sebab yang dikatakan lebih awal, bahawa mana mungkin sesuatu produk itu tidak ada perkaitan langsung walaupun sedikit dengan rangkaian Yahudi. Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah mengatakan:
“Saya ingin memberitahu secara jelas, jangan bimbang tentang tekanan Amerika terhadap Israel, kita, orang Yahudi, menguasai Amerika, dan orang Amerika sedar akan hal ini.”
Kenyataan terbaru White House melalui media AFP pada 8 Disember 2010 sendiri mengakui kegagalan mereka dalam mendesak Israel menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis adalah bukti terkini bahawa sememangnya Israel menguasai negara itu.
Namun, ini tidak bermaksud bahawa tindakan memboikot barangan Israel ini suatu yang sia-sia. Kita puji dan sambut baik tindakan sesetengah dari kita ini sebagai salah satu inisiatif untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Mungkin jika tidak dengan memboikot sekalipun, kita boleh mengurangkan penggunaan barangan yang mempunyai perkaitan langsung dengan Israel. Dengan populasi umat Islam seluruh dunia melebihi 1.2 bilion orang, tidak mustahil untuk merealisasikan tindakan ini asalkan umat Islam bersatu padu bersama-sama menjayakannya. Tetapi situasi terkini memperlihatkan umat Islam sendiri berkelahi sesama sendiri, berpecah-belah dan tidak bersatu dalam banyak aspek. 


p/s: Jangan hanya bergeybang!

Wednesday, 2 March 2011

Inilah Dunia


Letakkan dunia di tangan, bukan di hati


Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: “Ayuhlah, kejarlah dunia”.
Kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: “Inilah dunia”.

Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: “Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir”.

Baginda juga bersabda: “Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah”.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
“Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.