Sekarang aku di titik penghujung posting surgeri. Tinggal
seminggu berbaki sebelum meninggalkan wad tingkat 5 hukm. Jangan ditanya apa
yang aku dapat, sebab aku merasakan masa seperti sangat laju berlari
meninggalkan aku. Aku merasakan Teori Relativiti yang diperkatakan Einstein tak
menyokong jalur hidupku. Walaupun aku tak pernah ambil pusing segala formula fizik
yang ditunjukkan teori ini, tetapi kefahaman aku tentang teori ini mudah. Satu
jam tidur lebih sekejap berbanding satu jam membaca buku ilmu. Walhal
keduanya kalau diukur akan membutuhkan 60 minit untuk melengkapkan satu
pusingan jam.
*****
Satu makhluk Tuhan masuk ke dalam bilik seminar dalam
keadaan tangannya memegang cawan putih yang mengeluarkan aroma haruman kopi
pekat. Mungkin sudah tercatat di Luh Mahfuz, makhluk Tuhan ini akan menjadi
pensyarah yang akan mengajar kami pagi ini.
Aku ternampak kad matrik di dadanya tertera nama Dr
Mustafa. Bermuka tipikal Arab - kulitnya putih, hidungnya mancung, berbulu di
muka dan tinggi sedang-sedang. Usai masuk, kelas bermula. Topik perbincangan
kami pagi ini: acute abdominal pain. Gelanggang di buka. Satu persatu pelajar
dijemput masuk perbincangan, dan semuanya hanya mampu duduk sepi. Takut dengan
Dr Mustafa yang bersuara kuat itu.
Jangan kamu salah faham. Aku tak mengatakan Dr Mustafa
ini garang. Jangan dibayangkan begitu. Dia ini sebenarnya sangat mesra, dan
kadang-kadang mungkin terlampau mesra. Namun mungkin cara gurau arabnya agak
berbeza dengan norma masyarakat melayu yang lebih konservatif dalam
berkomunikasi.
Kelas diteruskan, tapi kurang mendapat respons yang baik.
Akhirnya, terkeluar mutiara-mutiara hikmah dari mulutnya.
Dia keluar dari tajuk dan mula menjadi motivator, atau boleh aku katakan
orator. Kami seramai 55 kepala ditegur.
"The quality of young doctors nowadays is very bad.
You must differentiate what is the different between polite and shy. I know you
Malaysian are very shy, but for the sake of study this attitude can't be
continued." Ayat muqaddimah, sebelum beliau mula berkhutbah.
"You know, we lecturer are happy to answer if you're
happy to ask. Trust your brain and be confidence. There are no difference
in our brain, except that I analyze what I read while you young doctors don't.
Then, try to understand your
reading, don't just read from your book blindly. You know, you will become a
good doctor if you can answer the question of 'why'. At the same time, we
lecturers will train you how to become a safe doctor for the future."
Safe doctor
huh? Satu terma baru yang mula melekat di otak depanku, yang berfungsi untuk
menyimpan memori. Untuk masa sekarang, aku mulai faham. Sebagai pelajar
perubatan klinikal, itu sepatutnya menjadi target kami.
Pada hari
graduasi nanti, kami akan dianugerahi satu lesen yang besar - lesen untuk
membunuh. Kamu faham bukan? Lesen ini datang dengan tanggungjawab yang besar
dan tidak boleh dipakai sesuka hati. Oleh itu, aku tak seharusnya mengambil
mudah tentang semua ini.
Sebelum aku
menyambung perjalanan hidupku untuk menjadi mekanik manusia yang membaiki tubuh
badan, aku harus pastikan yang aku sudah dipateri dengan cop SAFE DOCTOR UKM.
Semoga dengan menjadi safe doctor, aku bukan hanya dapat menyelamatkan nyawa
manusia yang kesakitan, bahkan dapat menyelamatkan jiwa-jiwa manusia yang mula
kehilangan Tuhan.
No comments:
Post a Comment