Saturday, 22 June 2013

Gagal, Terlambat, Kecewa




Kenapa kita dikatakan 'gagal'?
Sebab kita mencuba sesuatu, dan gagal. Tidak ada definisi gagal jika kita tidak mencuba sama sekali, bukan?

Kenapa kita disebut 'terlambat'?
Sebab kita datang, dan lewat. Tidak ada definisi terlambat jika kita tidak datang sama sekali, bukan?
 
Kenapa kita disebut 'kecewa'?
Sebab kita pernah berharap, dan sekarang harapan itu musnah. Tidak ada definisi kecewa jika kita tidak pernah berharap sama sekali, bukan?

Dalam hidup ini, pastinya kita pernah mengalami situasi-situasi seperti ini.

Maka, jika semua itu sudah terlanjur jadi, dan kita tidak ada pilihan lain kecuali melaluinya, mari kita ambil sisi positifnya.

Lebih baik gagal daripada tidak mencuba sama sekali.
Lebih baik terlambat daripada tidak datang sama sekali.
Dan lebih baik kecewa daripada kehilangan pengharapan sama sekali.

Maka esok lusa, diperbaiki,
semoga kegagalan itu adalah sukses yang tertunda,
keterlambatan itu adalah awal ketepatwaktuan,
dan kekecewaan itu adalah awal berita baik.

Menyesal

Kenapa kita disebut 'menyesal'?

Yang ini sedikit berbeza definisinya.

Kita menyesal kerana kita tak dapat menerima hakikat bahawa kita telah gagal, terlambat dan kecewa. Di dalam dunia, tiada istilah menyesal bagi orang-orang berjaya.

Kerana mereka selalu mencuba!

No comments:

Post a Comment