Petang tadi aku ketiduran. Mengorok, kata adikku yang bermaksud tidur dalam bahasanya. Bahasa apa, aku tak tahu. Usai tidur, aku segera solat asar. Ye la, takkan nak biarkan waktu berlalu macam tu sahaja kan?
Selepas solat, aku cuba mencapai telefon Samsung SIII yang sering dijadikan seperti PSP oleh adik aku.
Satu message menginap dalam inbox aku. Tertera gambar mel di bahagian atas kanan handphone. Adakah ini perkhabaran yang aku tunggu-tunggu sejak semalam. Berdebar-debar juga rasanya. Atau mungkin kah hanya message celcom yang entah apa-apa.
Tahniah. Ko lulus. (Begitulah mafhumnya).
"Alhamdulillah.. Alhamdulillah.."
Bayangkan gaya Abdullah Khaerul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih semasa mendapat result exam di Cairo, mungkin begitulah aku ketika itu.
Akhirnya result aku berbau seharum bunga. Dunia aku
rasakan berputar ceria. Jerebu di sekitar rumah aku rasakan seperti kabus-kabus
sejuk di waktu pagi.
Haha. Girang tak
terkata. Seronok kerana aku lulus semua subjek untuk semester ini.
Hei kawan. Mungkin kamu rasa pelik mengapa aku gembira
tak terkata seperti ungka diberi bunga.
“Lulus je pun, bukan dapat Anugerah Dekan ke hape ke…”
Ok, tak apa.
Bayangkan kamu merupakan tahanan penjara (Abu Gharib). Di
sana, kamu dilanyak, dilenyek, diseksa dengan begitu keras sekali. Namun, kamu berjaya
melepaskan diri dan bebas. Bagaimana perasaannya?
Seperti itulah yang sedang aku rasakan sekarang. Oh, dan sememangnya kali ini aku wajib untuk lulus semua paper. Kenapa? Nanti akan aku ceritakan kepada kamu.
Nikmat Setelah
Bebas
Ah... Indahnya dapat membebaskan diri daripada terkena
seksaan sekali lagi. Belajar tidak menyeksa, tetapi keputusan yang terpapar itulah yang sangat menyiat hati kami para pelajar. Pedih!
Tetapi aku tak boleh lupakan sahabat-sahabat yang
terkandas di sana. Maksud aku, ada sebilangan rakan seperjuangan aku yang
kurang bernasib baik terpaksa mengulang kertas ujian pada akhir bulan Julai
nanti. Ada yang terpaksa mengulang satu kertas sehinggakan ada yang kena
mengulang lapan kertas.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Aku sentiasa mendoakan agar Allah mengurniakan apa yang
terbaik buat mereka. Namun pada masa yang sama, aku juga memohon agar Allah
mengasihani mereka semua semasa peperiksaan ulangan dan memberikan keputusan
yang menggembirakan. Amin.
Sebelum exam final, aku sempat menghadiri satu program ke
Sungai Congkak, Hulu Langat. Jadi di dalam bas aku membaca satu novel iaitu
Contengan Jalanan karya Mr/Mrs Hlovate (aku tak tahu jantina beliau. Seriously, cuba google). Novel itu menceritakan tentang jaulah
(bukan jauhlah tapi jaulah) dua orang manusia yang berbangsa Melayu ke
Australia (Aussie).
Menariknya, mereka ke sana bukan untuk jalan-jalan cari
makan atau makan-makan cari angin (baca: makan angin), tetapi mereka ke sana
untuk mengenal diri. So kenapa mengembara ke Aussie?
Itu tanya mereka dengan membaca novel tersebut. Aha! Aku
dah terpromote satu buku.
So, secara tak semena-mena terpacul daripada mulut aku
beberapa perkataan yang bakal menyusahkan aku.
“Luqman, jom pi Australia.”
Luqman memandang aku. Anak matanya membesar, mula
memberikan perhatian khusus kepada aku. Simptom-simptom simpatetik jelas kelihatan.
“Jom!”.
Otak aku sunyi sekejap.
“Tapi hang jangan nak sembang je la. Aku tak minat
setakat orang yang pumpam pumpam tapi last-last tak jadi.”
Alamak. Menyesal pula aku rasa ajak si Luqman. Ingatkan cuma
nak berangan-angan je. Nah, sekarang dah kena buat.
“Ok. Insya allah, aku akan pastikan benda ni jadi!”,
hormone testosterone mula menguasai aku sebab rasa tercabar dengan kata-kata
Luqman tadi. “Settle. Nanti balik program kita bincang balik pasal nak
pergi Australia ni. Tapi kalau boleh, aku tak pergi Aussie just untuk makan
angin, tapi aku nak tarbiyyah diri.”
“Ha.. Aku pun dah lama nak cari kawan pergi jalan-jalan
oversea ni. Eloklah kau dah ajak.”, balas Luqman dengan senyuman excited tahap
gaban.
Jadi, nak tak nak, projek ke Australia perlu jadi.
Sebab tu aku kena lulus semua paper!
No comments:
Post a Comment