MD atau extra-MD? |
Etika perubatan Islam adalah satu etika yang dilaksanakan oleh seluruh kumpulan doktor kerana setiap perjalanan hidup itu ada kaitannya dengan Islam.
Pergi ke kuliah itu Islam.
Melawat pesakit itu Islam.
Berjaga malam itu Islam.
Islam itu sentiasa berada di setiap posisi.
Perlu difahami, Islam bukan sekadar satu ritual keagamaan yang hanya dicampakkan ke dalam rumah-rumah ibadat (masjid, surau, balai soff etc), bahkan Islam itu suatu cara hidup!
Perbandingan
1-
Pelajar perubatan muslim yang datang lewat ke kuliah/ward round dan tidak mengemas kini tugasan yang diberikan
VS
Pelajar perubatan non-muslim yang terkenal dengan ketepatan masa ke kuliah/ward round dan menyiapkan tugasan yang diberikan pada masanya
2-
Pelajar perubatan non-muslim yang cemerlang dalam peperiksaan yang majoriti pensyarahnya muslim
VS
Pelajar perubatan muslim yang bersenang-lenang, dan kemudiannya pass exam hanya kerana "nasib" atau belas ihsan pensyarah
3-
Doktor non-muslim yang selalu bersedia menerima teguran untuk membaiki dirinya dan sentiasa bersedia membantu rakan-rakan
VS
Doktor muslim yang selalu berdebat (secara negatif) apabila ditegur dan selalu menyusahkan rakan-rakan
4-
Pakar bedah muslim yang mempunyai kemahiran bedah yang tinggi, terkenal dan menjadi sumber rujukan pesakit-pesakit
VS
Pakar bedah non-muslim yang mempunyai kemahiran pembedahan yang tinggi, terkenal dan menjadi sumber rujukan pesakit-pesakit serta selalu berinteraksi dengan baik kepada pesakitnya
5-
Pengarah hospital muslim yang berjaya menyediakan sebuah hospital terbaik sehingga ditauliah
VS
Pengarah hospital non-muslim yang berjaya menyediakan sebuah hospital terbaik sehingga ditauliah disamping sentiasa memberi harapan dan semangat kepada setiap pesakitnya ketika mendapat rawatan
Kita dapat lihat bahawa doktor non-muslim lebih Islam berbanding dengan doktor muslim.
Penutup
Etika perubatan Islam itu bukan hanya dimiliki oleh muslim sahaja, bahkan semua orang.
Makanya, muslim doktor seharusnya mempunyai sesuatu yang extra jika dibandingkan dengan non-muslim sebagaimana contoh yang ditunjukkan.
Tetapi hakikat yang lebih penting, bagaimana dengan kita..?
well,about ethics the doctors should have..all docs need to have this surely....
ReplyDeletereally informative not to docs but others involve in health...great work!!1
may you, me and all could understand how to be a good muslim.
ReplyDelete