Sunday, 27 February 2011

Cerita Seram



Kenal saya?
(AMARAN: Kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, diharap jangan membaca artikel ini)


Anda percaya hantu?
Kalau percaya sila teruskan pembacaan.

Mengapa hantu sangat ditakuti dan diingati oleh umat Melayu?
Adakah hantu ini boleh makan kepala anda atau
Adakah hantu ini akan mencucuk perut anda sehingga terburai perut?


Seteruk-teruk yang mereka mampu buat hanyalah merenung anda sambil tersenyum. =)


Pastinya anda ketakutan jika ketemu makhluk ini!
Ketakutan yang amat sehingga menyebabkan anda bertindak menahan diri daripada membuang air kerana takut untuk ke tandas!


Tetapi peliknya, kenapa hantu amat diingati terutamanya ketika keseorangan di waktu malam.
Mengapa mati dilupakan?


Lupakah Rasulullah SAW pernah bersabda:

 “Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya.”



Ingat mati mendorong kita sentiasa mempertingkat amal ibadat, yang fardu mahupun yang sunat. Kita pastinya mempersiapkan perhambaan diri kepada Allah dengan penuh ikhlas dan cinta yang suci serta istiqamah.
Di samping itu, seseorang yang menyedari bahawa mati adalah suatu yang pasti, akan sentiasa berusaha sedaya upaya menjauhkan diri daripada melakukan dosa atau perkara dilarang Allah SWT. Dia takut kepada azab yang Allah sediakan di akhirat nanti untuk orang berdosa.

Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut.”
 (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Apabila tidak lupa kepada mati, maka kesannya sungguh baik. Akhlaknya terpuji, ibadatnya bermutu dan pastinya anda menjadi hamba yang sangat disayangi dan diredai Allah. Hentikanlah ketakutan kepada hantu kerana hantu itu hanyalah ilusi, tetapi kematian adalah realiti.

p/s: Artikel ini dibuat pada pukul 3 pagi...

No comments:

Post a Comment