Monday, 9 May 2011

Aku Lari Rumah





"Argh....!", bentakku kepada ibu.
Hari ini aku nekad. Aku akan lari dari rumah. Ibu tidak pernah memahami aku.
Semua yang aku buat salah. Itu salah. Ini salah.


Pintu rumah aku kuak tanpa menoleh ke belakang, meninggalkan semua. Sehelai sepinggang tanpa membawa apa-apa.

"Mad... Jangan pergi nak.", sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan tua merayu iaitu ibuku.


 Aku tidak menghirau apa-apa. Darah mudaku mendidih sehingga menyebabkan aku hilang kawalan, hilang pertimbangan.


Aku terus berjalan dan berjalan. Sehinggalah aku sampai ke pekan.


Perutku yang masih belum terisi mula membuat pelbagai ragam. Jus gastrik dirembes hanya untuk mengoyakkan perutku, bukan mencerna makanan seadanya.


"Aduh, laper banget sih...".
Aku kehairanan bagaimana tiba-tiba terkeluar loghat Indonesia. Lapar mungkin.


Dihadapan warung Pak Jais, kelihatan orang ramai berpusu-pusu memenuhi segenap ruang. Memang warungnya terkenal dengan masakan berlauk yang enak.


Aku terpaku di hadapan kedai sambil menenung setiap inci juadah yang disediakan.
Kelenjar air liur mula membuat hal.
Penghasilan aktifnya menyebabkan pengumpulan air liur yang terlalu banyak.


"Gulp!".
Segan perut yang lapar, ditambah kesedapan masakan dan bau yang menusuk hidung, aku mula menapak untuk memasuki kedai.


"Eh, aku tak bawa apa-apa tadi? Beg duit pun takde? Adusss...!"


Nampaknya terpaksalah aku terus tercegat di depan kedai.
Memohon simpati dengan membuat muka seposen.


"Oh, kamu Mad. Kenapa tercogok kat depan kedai ni je? Dah makan ke belum? Ambil nasi ni, pilih je lauk mana yang kamu suka. Hari ni Pak Jais belanja.". Pak Jais secara tiba-tiba muncul sambil menghulurkan nasi. Percuma tanpa bayaran.






"Kamu ni dari mana?"


"Saya sebenarnya lari rumah.", sambil air mata mula melimpah dari takungan mata.


"La... Kenapa menangis? Takkan dah menangis?".


"Sebenarnya tak pernah orang belanja saya kecuali Nawatoo kawan saya tu je."


Pak Jais menghela nafas. Perlahan.


"Kamu silap Mad. Sebenarnya ibu kamu dari kamu kecil sampai kamu lari dari rumah bagi kamu makan percuma. Siap disuapkan kamu..."


Tersedak.


Benar apa yang dikatakan Pak Jais. 
Ya Allah, aku berdosa besar dengan ibu.


Benarlah kata orang, Apabila seseorang itu sudah tiada, barulah kita mula menghargainya..


Dan aku nekad untuk kembali ke rumah untuk memohon maaf kepada ibu.







Sunday, 8 May 2011

Segalanya Percuma

Amaran: jangan baca dikhalayak ramai. Boleh mengundang malu kerana anda mungkin menangis.






Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si Ibu segera mengesatkan tangan di apron , menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai RM1.00

Tolong jaga adik RM2.00

Tolomg buang sampah RM1.00

Tolong kemas bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM2.00

Tolong sapu sampah RM2.00


JUMLAH RM15.00 

Selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si Ibu mencapai sebatang pen, lalu menulis di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu 9 bulan-
PERCUMA


Kos berjaga malam kerana menjagamu-
PERCUMA


Kos air mata yang menitis keranamu-
PERCUMA


Kos kerungsingan karana bimbangkanmu-
PERCUMA


Kos menyediakan makan, minum, pakaian serta keperluanmu-
PERCUMA


JUMLAH KESELURUHAN KASIHKU-
PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si Ibu.
Si anak menatap wajah Ibu, memeluknya dan berkata,“Saya sayangkan Ibu”
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “TELAH DIBAYAR” pada muka surat yang di tulisnya.


Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah saw dan bertanya ,Wahai Rasulullah,“ siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?”Rasulullah menjawab , ibumu(dan di ulang sebanayk 3 kali), kemudian ayahmu.





SELAMAT HARI IBU MAK. =)

Saturday, 7 May 2011

Henshin!


Henshin (変身)  = bertukar.
Kenapa tiba-tiba henshin?
Harapan baru agar aku dapat bertukar menjadi seorang yang lebih baik daripada semalamnya...


Alangkah seronoknya jika dapat menukar habit diri seperti Masked Rider meng"henshin"kan diri beliau.
Malangnya, tak semudah itu.


Terima kasih Haji **** yang telah melaser aku dengan sewenang-wenangnya sambil aku disalatep mulut.


Aduh...


Memang pedih, tapi terima kasih. Aku tak kan main-main lagi!

p/s: Tobat dah.....

Sunday, 1 May 2011

Silap Tafsir



"Esok saya nak awak serahkan assignment! Awal pagi!", sergah Prof X.


Tersedak. 
Pastinya jika kita berada pada situasi itu, kita akan tersangat gelabah sedangkan kita masih belum menyiapkannya.


Maka kita akan melakukan tugasan yang diberikan tanpa berlengah, tanpa bertangguh.


Esoknya...

"Mana assignment awak?", tanya Prof X.


"Saya dah hafal Prof... Begini, assignment saya ada 53 muka surat. Muka surat pertama........."


Agak-agak, apa yang Professor akan jawab. Bukankah kita disuruhnya membuat assignment?
Bukannya menghafal assignment.


Begitu jugalah dengan kehidupan kita.


Kita diberikan satu manual terhebat sepanjang abad yakni al-Quran yang agung.
Tetapi dengan hanya melagu-lagukan al-Quran tanpa pengamalan yang sempurna, adakah kita telah melaksanakan tugas kita sebagai hamba?


Kita hanya menghafal membabi buta, tetapi berperangai seperti kera di rimba.
Seharusnya isi al-Quran itu dijadikan pedoman di dalam setiap hati insan agar daulah Islamiyyah kembali menjulang. Dan terjemahkan apa yang dihafal itu ke dalam bentuk perbuatan bagi membuktikan kita ini makhluk tuhan, selama-lamanya.

Thursday, 28 April 2011

Tribute Untuk Antuma



Sejuta penghargaan kepada dua manusia di bumi bertuah UKM (cawangan Kuala Lumpur): Abg Zaidi dan Abang Amin.

Kepada Abang Zaidi,
Seorang yang berakhlak tinggi,
Caring..
Namun masih terdapat ketegasan yang menerbitkan kehormatan.
Dan pastinya sukar untuk penulis terus melihat selepas ini "The Walking Quran" di bumi KTSN. 

Buat Abang Amin,
Seorang yang teramat sistematik hidupnya.
Keceriaannya melimpah kepada mereka yang berada di sekeliling.
Dan segala saat indah ditarbiyah tak akan dapat penulis lupakan.
Ayat keramat yang paling penulis suka, "Enta jangan risau. Enta boleh..."
Amat terkesan.

Buat kedua-dua seniorku yang bakal menggulung ijazah, semoga perjuangan menegakkan khilafah tak dilupakan kendatipun kesibukan kian membungkam.
Untuk kalian, ku dedikasikan lagu ini sebagai ingatan.
Kalian sebenarnya sahabat buat seorang "adik" yang selalu "buat hal" ini...

Sahabat


Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi


Sahabat...

kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara



Tika ku buntu

diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman



Bagaikan embun

hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita 
Menggapai redha Yang Esa



Duhai sahabat dengarkanlah

Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan 
Namun tiada rentap kasih



Biarlah waktu menetukan

nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir



Dan aku masih di sini

terus mendaki
puncak tertinggi hidupku



Dan aku terus menanti

saat yang manis
akan berulang kembali



Sahabat...

p/s: Kalau masak nasi minyak, jangan lupa ajak. =)



Wednesday, 6 April 2011

Monday, 4 April 2011

Pesanan Untuk Pelajar Perubatan

Doktor contoh: Dr. Aziz Rantisi


Sesungguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung,
juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-Quran,

juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya,
maka keadaannya kadang-kadang banyak rehat, 
hidup matinya dalam keadaan jiwanya kerdil. 


Adapun doktor yang berjiwa besar sanggup memikul tugasan yang penat ini, 
tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya, 
berada di atas tilam empuk dan kehidupan yang senang-lenang disamping harta benda yang memuaskan. 


Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberitahu keadaan sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Saidatina Khadijah: Telah berlalu masa untuk tidur wahai khadijah. 


Maka kami ingin menyatakan di sini: Telah berlalu masa untuk kamu tidur dan pejam lelap wahai penuntut-penuntut bidang perubatan!


Dr. Nada Abd Azez Mohamed al-Yusfi, 
dalam kitabnya Ila at-Tobib wa Tolib at-Tib Kaifa Takhdimu al-Islam