Wednesday, 23 May 2012

Cita-cita


Bismillah.

Sebelum ini, saya pernah menulis dalam beberapa blog. Namun kelihatannya seperti agak layu kerana kurang 'roh' di dalamnya.  Maka hari ini, saya sekali lagi nekad untuk membuka satu blog yang bertemakan perubatan bagi bertukar-tukar idea sebelum ia hilang sia-sia.


Menulis 12 Cita-cita

Hari ini, saya telah menulis 12 cita-cita untuk tahun 2012 (walaupun kebanyakan kita akan menulis ketika di awal tahun atau ketika permulaan semester, but better late than never), 
dan dalam cita-cita kelapan saya, saya telah menetapkan untuk menulis 20 artikel.

Menulis mengenai cita-cita, sebenarnya cita-cita ini mampu mengikat diri kita daripada terleka lalai daripada kesenangan. Cita-cita ibarat cahaya di dalam gelap. Orang yang tidak mempunyai cita-cita akan terus duduk di dalam gelap tanpa sebarang matlamat. Namun mereka yang bercita-cita akan mempunyai “kompas perjalanan” dalam menentukan hidupnya.

Ketahuilah, cuma 3 peratus daripada kita yang mempunyai cita-cita yang jelas. Selebihnya, kabur!
3 peratus manusia inilah yang menguasai 97 peratus yang lainnya untuk menjayakan cita-cita mereka. Jadi, adakah kita memilih untuk menjadi yang 3 atau sebaliknya?

3 peratus inilah yang mengorbankan kesenangan mereka walaupun semua orang sukakan kesenangan. Persoalannya, adakah kita mahukan kesenangan itu muncul hari ini atau hari kemudian? Jika kita bersenang-senang pada hari ini, maka kita mungkin akan terseksa dan menyesal di masa hadapan. Namun jika kita inginkan kesenangan di hari kemudian, maka jalankanlah cita-cita yang telah kita tetapkan. Realisasikan cita-cita kita dengan mengorbankan kesenangan hari ini. Dengan izin Tuhan yang maha pemurah, cita-cita kita berhak dikabulkan.

Penutup

Bercita-cita besarlah kawan. Jangan takut untuk bercita-cita. 

Cabar diri kita melepasi sempadan kerana manusia tidak tahu potensi diri selagi tidak memulakan langkah yang pertama. Semoga apabila tercapainya cita-cita, kita berasa puas dan bangga.

No comments:

Post a Comment