Hey kawan..
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menghadapi peperiksaan. Memang perit, memang menjemukan. Sekejap berdiri, kemudian bangun. Begitulah silih berganti yang menunjukkan betapa hati kita rasa semacam bosan yang amat.

Aku pernah merasai peristiwa itu. Malahan lebih teruk kufikir.
Namun dengan kekuatan motivasi dan keyakinan kepada Allah, aku masih berusaha. Dan sekarang beginilah aku. Masih terus berjalan tanpa henti.
Pesananku kepada kamu sahabat-sahabatku, jangan berputus asa. Jangan menyerah! Itu yang terpenting. Kalau kamu menyerah, ketahuilah kamu sebenarnya telah kalah. Jangan jadi bodoh kawan. Ketika inilah syaitan berduyun-duyun datang menghasut, analoginya mungkin sepertimana ketika kita nazak.
Letak dalam minda subconscious yang kalian akan berjaya.
Sebab sekarang bukan sahaja kalian berperang dengan usaha, tetapi kalian berperang dengan emosi. Jika emosi stabil dan bersemangat, usaha akan semakin meninggi. Semacam graf berkadar terus, paksi x melawan paksi y.

Lagu ini adalah salah satu peneman setia aku ketika aku lemah semangat dahulu:
Selamat berjuang sahabat!
"You may lose everything, but never lose hope"
jazakallah sahabat!!!
ReplyDelete