Sunday 8 May 2011

Segalanya Percuma

Amaran: jangan baca dikhalayak ramai. Boleh mengundang malu kerana anda mungkin menangis.






Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si Ibu segera mengesatkan tangan di apron , menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai RM1.00

Tolong jaga adik RM2.00

Tolomg buang sampah RM1.00

Tolong kemas bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM2.00

Tolong sapu sampah RM2.00


JUMLAH RM15.00 

Selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si Ibu mencapai sebatang pen, lalu menulis di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu 9 bulan-
PERCUMA


Kos berjaga malam kerana menjagamu-
PERCUMA


Kos air mata yang menitis keranamu-
PERCUMA


Kos kerungsingan karana bimbangkanmu-
PERCUMA


Kos menyediakan makan, minum, pakaian serta keperluanmu-
PERCUMA


JUMLAH KESELURUHAN KASIHKU-
PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si Ibu.
Si anak menatap wajah Ibu, memeluknya dan berkata,“Saya sayangkan Ibu”
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “TELAH DIBAYAR” pada muka surat yang di tulisnya.


Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah saw dan bertanya ,Wahai Rasulullah,“ siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?”Rasulullah menjawab , ibumu(dan di ulang sebanayk 3 kali), kemudian ayahmu.





SELAMAT HARI IBU MAK. =)

2 comments:

  1. Sedih.pilu.sebak.

    Perasaan2 yg bermain tika membaca post ini.
    Cerita yg sentiasa dimainkan oleh ramai, tapi mampu menggamit rasa hiba, seperti salah satu lagu team hujan, yg spesifik di tujukan atas dasar kemanusiaan.

    Hebat. Cukup hebat.

    ReplyDelete