Aku perlu berterus-terang kerana langit mula terbuka luas.
Manusia bebas meludah ke langit sesuka hati, tapi lupa yang ludah itu akan kena
ke muka sendiri.
Zina: satu perkara yang orang tua kita malu-malu untuk bicarakan.
Tapi barah nya mula menular ke setiap inci tubuh anak mereka. Barah yang
bermula daripada mata (lelaki) dan jiwa (wanita), kemudian menghasilkan anak
haram yang dicampak merata seperti bangkai. Sadis! Binatang jenis apakah yang
mula menular di bumi Tuhan tanpa rasa malu dan kasihan.
Kita akan biasa dengar ayat ni bila discuss pasal zina,
Surah al-Isra, ayat 32:
Kita perasan ada perkataan فاحشة (faahishah) dekat ayat quran yang mana
translation bahasa melayu nya adalah perkataan perbuatan keji. Tapi tahukah
kita bahawa perkataan faahishah itu adalah khusus untuk maksiat yang melibatkan
syahwat / seksual.
Bahasa arab juga ada perkataan dasar yg berkaitan antara satu sama lain: وحش dan فحش (wahash dan fahash). Wahash bermaksud binatang liar dan fahash bermaksud sesorang yang berkelakuan macam binatang liar. Jadi, maksiat zina ini boleh digambarkan berakhlak kebinatangan.
Bahasa arab juga ada perkataan dasar yg berkaitan antara satu sama lain: وحش dan فحش (wahash dan fahash). Wahash bermaksud binatang liar dan fahash bermaksud sesorang yang berkelakuan macam binatang liar. Jadi, maksiat zina ini boleh digambarkan berakhlak kebinatangan.
Ketika Nabi Adam as dan Hawa dihukum atas kesalahan mereka
dan dilucutkan baju, mereka dengan segera sedar supaya mereka perlu untuk
menutup aurat mereka serta-merta. Jadi, menutup aurat bukan lah dipengaruhi
oleh masyarakat setempat / menjadi ikut-ikutan, tapi ia adalah naluri semula jadi yang telah
tertanam dalam jiwa manusia. Maka, sudah menjadi lumrah untuk manusia menutup aurat dengan berpakaian yang ditetapkan oleh syarak. Oleh itu, kita harus menjaga diri daripada melihat aurat orang lain sebagai tanda menjaga
kehormatan kita dan mereka. Tak sepatutnya kita melihat manusia lain
sebagaimana binatang melihat binatang lain (dengan tujuan seksual).
Sekarang kita sedang berada pada zaman yang berterusan
terdedah dengan maksiat. Bilamana kita terdedah terlalu banyak, akhirnya kita
dah 'desensitized' atau pun dah tak ada rasa malu dengan maksiat ni. Sebagai
contoh, anak dara kampung yang bila tak pakai tudung akan menyebabkan dia
dikutuk satu kampung. Tapi di bandar, apakah perbuatan ini dirasakan satu dosa?
Kita rasakan ia perkara biasa. Perempuan yang tak bertudung kita rasakan biasa
sebab ada yang lagi teruk cara pemakaian nya. Akhirnya kita lupa yang walaupun
memandang aurat rambut merupakan satu dosa untuk kita. Sampaikan kita merasakan
"apa masalahnya tengok rambut perempuan. Bukan dosa sangat pun..?"
Rambut adalah satu contoh. Banyak lagi benda lain yang lelaki akan tengok.
Fahamilah, bila perkara ini terjadi sebenarnya jiwa kita dah
rosak. Sepatutnya mata tak berhak memandang perkara haram, kecuali kepada
mereka yang halal. Sehinggakan hati kita keras dan merasakan dosa adalah
biasa. Hubungan dengan Allah bergantung dengan sejauh mana hati kita
ikhlas dan bersih. Setiap kali kita terdedah kepada maksiat, satu titik hitam
bertompok di hati dan begitulah seterusnya. Ingin aku tanyakan kepada kamu
sahabat, bila kali terakhir kamu menangis (sebab Allah)..? Kalau lah kamu tahu,
Saidina Umar dulu hari-hari menangis minta Allah ampunkan dia walaupun Nabi SAW
dah beritahu yang dia ni dijamin syurga. Kamu tahu, jiwa orang beriman akan
berdegup kencang setiap kali berdepan dengan perkara yang menyebabkan murka
Allah. Orang beriman akan rasa terbeban sepertimana gunung terhempap atas
dadanya. Kalau mereka yang behati keras, mereka akan merasakan dosa maksiat seperti
lalat. Dia akan kibas-kibas lalat tu dan akan buat dek macam tak ada apa-apa
berlaku.
Kembalilah ke
Jalan Kebenaran
Dalam ayat 32 surah al-isra', Allah kata jangan dekati/hampiri zina.
Macam-macam jalan yang boleh mendekatkan kita kepada zina: kawan-kawan,
internet, persekitaran dan macam-macam lagi. Mendekatkankan pun Allah dah
larang, apatah lagi zina! Ketahuilah apa yang membawa boleh membawa kita
terjerumus ke kancah maksiat. Kita harus jauhi. Kita harus lari, tinggalkan
dia.
Ada satu benda yang aku tertarik. Kalaulah kamu perasan,
apakah ayat selepas ayat 32 ni? Ayat dia adalah berkenaan ayat bunuh. Dalam
ayat ni Allah nak beritahu jangan "bunuh" manusia yang tak bersalah.
Jadi, Allah menceritakan tentang dosa maksiat kemudian tentang dosa bunuh
manusia lain.
Apakah kita perasan, bilamana kita menzalimi maruah manusia lain (dengan melihat) itulah fahisyah! Kita melihat dalam perasaan bernafsu telah menyebabkan kita menzalimi diri sendiri dan maruah mereka. Dan bilamana kita membunuh manusia lain, kita telah menzalimi hak mereka untuk hidup. Jadi di sini, kita ada pembunuhan spiritual/rohani (فاحشة) dan juga pembunuhan fizikal (قتل). Ada dua jenis pembunuhan, tetapi Allah ceritakan tentang pembunuhan spiritual dulu.
Standard kita sebenarnya sudah semakin rendah apabila kita
bercakap soal maksiat ni. Movie sebagai contoh. Apa yang sepatutnya 18 SX
sepuluh tahun dulu, sekarang dah jadi PG 13. Apa yang jadi PG 13 dulu, sekarang
dah jadi PG/U. Mereka meletakkan babak-babak keji dalam kebanyakan movie sama
ada yang ringan-ringan atau yang berat-berat. Begitu juga dengan internet yang kita surf. Apatah lagi apabila surfing, ketika itu cuma hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.
Harga yang perlu dibayar oleh seorang Muslim apabila maksiat ini mula menyerang?
Harga yang perlu dibayar oleh seorang Muslim apabila maksiat ini mula menyerang?
Roh kita tergadai!
Doa kita terhijab!
Akhlak kita rosak!
Hidup kita porak-peranda!
Tetapi kita masih tak peduli.. Kita tetap tersenyum dan
berkata: "Biasalah tu.."
Solusi Kepada
Masalah
Ni ubat pertama kepada ketagihan maksiat. Allah pesan
siap-siap dalam surah al-Anakabut ayat 45:
"Solat dapat cegah perbuatan keji (فاحشة)"
Itulah ubatnya. Solat. Tapi bukan sembarangan solat. Solat
yang disertakan dengan khusyuk (fokus) dan diawal waktu (rujuk surah
al-mukminun). Solat merupakan gold standard for management of zina.
Ubat kedua adalah menjaga mata. Pernah suatu ketika, Nabi
SAW terus menolak pipi seorang sahabat yang muda apabila ada seorang muslimat
melintas dihapannya kerana sahabat tersebut tak tundukkan pandangan. Jadi,
kita seharusnya menjaga diri kita dengan menahan diri daripada melihat
perkara-perkara terlarang. Mereka juga makhluk Tuhan dan perlu dijaga
maruahnya. Kita perlu memberi respect kepada diri kita supaya tidak memandang
manusia lain sebagaimana binatang.
Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita rohani yang kuat dan
menghindarkan kita daripada masalah yang berpunca daripada kurangnya
menundukkan pandangan. Moga mata ini tak membawa kita ke neraka.
Sumber Rujukan:
Ustaz Nouman Ali Khan