Monday 7 March 2011

Kepelikan Melampau!



Dunia


Kesal.
Sesetengah daripada kita begitu gemar menceritakan aktiviti harian yang entah apa-apa kepada khalayak. Namun, apakah kamu sedar terkadang ia bisa menjadikannya aib bagi dirimu?


Tiada siapa tahu kamu telah melakukan maksiat kepada Allah, tetapi kamu menceritakannya kepada dunia melalui blog, facebook, twitter etc. 


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." 
(Bukhari dan Muslim)

Nah, inilah fitnah terbesar melanda umat Muhammad. Apabila hati mati, semua yang suci menjadi benci. Semua yang baik dikatakan skema. Yang jahat itu dikatakan cool. 

Aktiviti seharian ingin dicerita, perasaan hati ingin diluah. Ini dilakukan agar menjadi perhatian ramai - bertambah followers; bertambah "like" dan comment pada status. Betapa kamu itu sebenarnya kekurangan kasih sayang dan perhatian. Alangkah kasihan!

Anak muda, suatu hari nanti akan sampai masa kamu menjadi penghuni tua. Maka, apakah kamu telah bersedia untuk saat itu?

Allah sebenarnya telah menjaga aibmu. Maka, kenapa kamu menceritakannya? Jagalah aibmu. Tiada siapa mengetahui dosamu (melainkan Allah) jika kamu tidak menceritakannya.
Mohonlah ampun kepada Nya... =(


p/s: sekarang ni tak payah susah-susah nak curi diari orang. Baca je dekat blog atau facebook.

3 comments:

  1. maksud aktiviti harian tu cane alief?

    ReplyDelete
  2. semua aktiviti kita yg selayaknya berada dlm diari - confidential
    =)

    ReplyDelete
  3. salam a'laik..setuju dengan pendapat awak, sebab tu la akak tak buat akaun facebook. walaupun bukan kita yang bercerita, ada kawan-kawan yang dengan baik hati tolong berhikayat. jadi lebih baik tidak tahu daripada bersakit hati:)

    ReplyDelete